Daisypath Anniversary tickers

Monday 25 July 2011

Percaya Padaku Part 2

Hye all..as promised, Rinko letak lirik lagu Percaya Padaku for you all :)
Video leh tengok kat previous entry yeh..enjoice!

UNGU - Percaya Padaku

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Best kan lirik lagu nih? Rinko suke rangkap yang Rinko italic kan tuh
Memang kena ngan Rinko hihihi...jiwang la plak...:)

P/S: Sure lepas korang dengar lagu nih..terus bernyanyi dlm fikiran korang kan..so sweet 


Sunday 24 July 2011

Percaya Padaku~

Hihi..xde papepun entry nih..
ni semua pasal Ungu nyer lagu Percaya Padaku :)
Haaa...arini Rinko pegi melawat Mr. Fiancee
Seronok sangat..hihi

Happy sangat melawat dia harini..
Si dia pun ceria jek..banyak dia makan :)
Senyum je dia..tapi Rinko perasan yg dia mcm sedih
Sebab setiap kali dia cakap dia rindu kat Rinko (jgn jeles hokayhhh) :)
Rinko perasan air mata dia bergenang, time tu juga dia pandang tempat lain
Terharu Rinko ngn cik abang Rinko tu hhuhuhu
I MISS YOU TO YAYANG 
Jangan risau.. i'll be waiting

xbanyak yang kitorang dapat borak masa melawat tadi
semua berkisar tentang masa depan kitorang + our big day nanti
Yela, kitorng xseperti pasangan bertunang yg lain
Persiapan sume berbincang through surat and phone je
In details semua dalam surat or time melawat..
Contoh pelamin,doorgift semua print untuk bagi dia pilih :)

Walaupun macam tu, I felt soooo happy :) 
Sebab sentiasa rasa dia ada sama setiap masa
Rasa macam mula-mula bercinta..time dulu x berutus surat
Dah bertunang and dia kna g training, baru la berjinak-jinak ngn surat ni


Okla...berjiwang lak malam nih..

Meh dengar lagu Percaya Padaku by Ungu


I dedicate this song to my lovely Mr. Fiancee :)

Nak lirik ke? Next entry la yek..panjang sangat da nih hihihi

Monday 18 July 2011

Misi sudah bermula! *wink*

Ellow semua..Rinko harap you all sihat jek la yeh..Rinko ok je..on off on off sket heheh
Biasa la, kerja dah melambak kat opis, scope of work pun dah makin luas
ye la gaji naik kerja pun kna la setimpal ngan gaji yang naik tu ye dak...
That's happen when we work in private sectors..mmg tenaga dikerah habis-habisan
Nasib baik dapat bos yang baik hati..and semua orang kat opis jealous Rinko ada bos sebaik dia..
And the best thing is, he is not Malaysian.. :)

Haa..kenapa ye misi sudah bermula
Ye arr..insyaallah Rinko akan menamatkan zaman bujang
dengan my other half (sila refer ticker diatas..heheh)
Lepas je Rinko bertunang aritu, kepala ni dah ligat memikirkan keperluan untuk wedding nanti
Cepat kan? ye la, since Mr.Fionsey kat dalam kem
Rinko kena la uruskan semuanya sendiri huhu..
Berbekalkan sedikit info ape yg dia suka..or what not
Rinko pun bergerak secara independent mencari vendor2 utk majlis kami nanti :)
Excited taw! hihiks..info psal vendor akan dihupdate kemudian
Rinko pun still survey2 lagi nih..dah jumpe la sikit.. :)

Oklah y'all..nnt Rinko hupdate ag..till then...chiaowzzz

 http://personalweddingideas.com/wp-content/uploads/2009/10/wedding_ring20.jpg

P/S: dalam excited2 pun..berdebar tuuu..huhu


Thursday 7 July 2011

Saya Perlukn Doktor!

Eyllow allz...nothing to write today..just enjoice!!..hihi :)

Dr Dre - I Need A Doctor (Explicit) ft. Eminem, Skylar Grey 


Best kan lagu diatas? Penuh tersirat maksud dia :)

Monday 4 July 2011

Awak A ke,B ke, AB ke atau O?

Hi allz, haaa..dah bace ape tajuk entry Rinko arini?
So, anda semua yang mana satu?hihih
Harini sebenarnya Rinko nak share pasal satu benda yang Rinko baru tau..
Ni pon lepas Rinko baca buku makanan masa tengok2 buku kat MPH aritu :)

Nak taw ke? Haa..ade soalan..
Apa agaknya yang selalu bermain dalam fikiran wanita?
xpe la, Rinko jawab..DIET!! yes..its all about diet..
but now, Rinko will share about Diet based on Blood Group
Menarik bukan? :)

Memandangkan Rinko nih berdarah O so Rinko share dulu diet untuk orang berdarah O yekkk

DIET UNTUK ORANG BERDARAH 'O'

Pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, 
mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) 
serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. 
Pemilik darah jenis ini perlu menghadkan pengambilan buah-buahan. 
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. 
Pemilik darah O juga perlu menghindari sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. 
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. 
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, 
seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian 

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga disarankan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, sotong, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A: 
 
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Disarankan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
 

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku 
atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan 
susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Disarankan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan,
namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. 
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung. 

 
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), 
susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, 
kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan 
kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, 
udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. 
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. 
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Haa..okie tak info tu semua? so, lepas ni boleh la kita semua jaga makan ye tak?
Bila baca list..tepuk dahi cakap..wow..banyak nye benda xboleh makan sebenarnye huhu
Patutla, diet macam mane pown badan x turun-turun...homaigosh!!

P/S: Menarik kan info nih..satu pelajaran baru.. :)

Fragrance Review: Lady Million by Paco Rabanne

Ellow sayang-sayang semua..
This is one of my favorite perfume after Midnight Fantasy by Britney Spears,
Versus by Versace, Can Can by Paris Hilton
Haa..sila-sila tengok gambar dulu yeh..
Gambar yang amik sendiri xde sbb tu Rinko wat hantaran..so kena la suprise ahahhaha


Perfume nih dikeluarkan untuk melengkapkan collection lelaki which is 1 Million haha..
Ala yang bentuk jongkong emas tu..best wooo...hahha
Kalau korang bau perfume nih sure nak pengsan x hengat..ngeee
Dengan tema Eternal, expressive, sparkling, ultra-feminine and breathtakingly beautiful,’ keluarlah perfume nih berbentuk diamond..diamond kan kesayangan wanita :)

Lady Million is both seductive and determined..Floral, woody, fresh, vibrant and sensual, this sweet fragrance has strong tones of raspberry, neroli and bitter orange, with undertones of jasmine and orange blossom, brought together with a splash of honey and patchouli. This soft and fruity fragrance will be the one that can beat 
Midnight Fantasy in my list..yeyeaahhhh...
Really love the smell because rase nak bau dia dalam2..u noe wat i mean..cane erkss nak terangkan 

xpayah terangkan lah..yg penting perfume nih best giler!!!!

P/S: Addicted to perfume lah pulok..hencik Fiongsey..tolon!!!!!