Tuesday, 11 June 2013

Perjalanan TTC #2 : Klinik Dr. Hamid Arshat

As Salam dear viewers,

Kita sambung perihal TTC kami. Alhamdulillah, result SA suami ok, great! haha
Then we proceed to Klinik Dr. Hamid Arshat. As per previous post, memang susah juga nak book appointment kat klinik ni, since ramai yg suggest this clinic so, bersyukur dapat gak book appointment. Walaupun dengan 2nd doctor, Dr. Aimi.

Our 1st appointment on 3rd June 2013, punyalah awal keluar rumah sbb takut sesat, hehe. We reach Plaza Damansara around 8.30 am, minum-minum jap kat mamak bawah then naik ke klinik. Letak IC laki-bini kat reception then duduk kat bilik yg ada tv dan sofa empuk.

Harini Dr. Hamid xde, g bercuti katanya. So sementara tunggu Dr. Aimi, kitorang melepak dulu dalam bilik tv tu sambil feeling-feeling nervous huhu. Pastu dengar nurse panggil nama, g jumpa nurse utk soal jawab, timbang berat, check blood pressure, etc. Kiranya kena bagitahu info utk letak dalam file lah. Huh! Berat ai naik~

Tak lama lepas tu, Dr. Aimi panggil masuk, dup dap dup dap jantung ni ha. 1st sekali dia tengok result SA suami. Dia terangkan in details (sbb kat lab diorang x terangkan detail apekebenda dalam result tu) so hubby's xde pape masalah.

Then dia tanya my period cycle regular ke tak, pernah amik pil kesuburan atau tak. Nasib baik dalam iPhone ada buat Menstrual Calendar tu...information amat berguna hokey! Lepas tanya itu ini, doc suruh masuk bilik scan. Ingatkan kena scan perut jek sekali kena buat vaginal scan la pulak sebab nak tahu condition rahim dan ovari.

Erkss nasib baik yg buat tu Dr.Aimi, doc perempuan xde la segan sgt (segan jugak la) huu doc check alhamdulillah kedua-dua ovari normal, size normal, rahim pun normal tp masa dia check tu rasa mcm ngilu-ngilu sket la huhuh and since masa i dtg ni my day-12, doc ada nampak telur gitu hehe. Sape nak faham pasal vaginal scan leh check SINI

Lepas scan, dia bagi consultation n xnk kacau my cycle ni, but dia arrange for HSG utk check whether saluran kita ni tersumbat atau x. This treatment only started after our day 9 or 10 bila period kering. Next time, kalau period 1st day terus call klinik Daya kt DBKL KL utk wat HSG. 

Pastu Rinko dpt ubat utk makan. Folic acid, habbatussauda ngn Prenavit utk dimakan sebagai persediaan nk preggy nnt hehe. 

Oklah, nanti Rinko share lagi ye. Kang boring la pulak hehe