Daisypath Anniversary tickers

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

Speechless~


Mohon dimakbulkan Ya Allah.

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiyaa', Ayat 89).

"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran, Ayat 38)

Thursday, 4 October 2012

Doa 102: Bacaan Dalam Solat, Doa Ifititah

Assalamualaikum semua,

Rinko nak share maksud Doa Iftitah, doa yang kita baca setiap kali solat di rakaat pertama. :)

Untuk manfaat kita bersama, XOXO Rinko

Doa Iftitah




Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Wednesday, 3 October 2012

Doa 101: Doa Mohon Perlindungan Dari Kejahatan Semua Makhluk

Assalamualaikum Lovelies,

Harini Rinko nak share satu doa, harap-harap dapat dimanfaatkan untuk semua yea :)

Sharing is Caring, XOXO Rinko

Talha r.a. meriwayatkan: "Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar." Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a. memberi jawapan yang sama.
Pada kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam."Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."* Doa ini juga baik dibaca pada waktu kita keluar rumah.