Daisypath Anniversary tickers

Monday, 4 July 2011

Awak A ke,B ke, AB ke atau O?

Hi allz, haaa..dah bace ape tajuk entry Rinko arini?
So, anda semua yang mana satu?hihih
Harini sebenarnya Rinko nak share pasal satu benda yang Rinko baru tau..
Ni pon lepas Rinko baca buku makanan masa tengok2 buku kat MPH aritu :)

Nak taw ke? Haa..ade soalan..
Apa agaknya yang selalu bermain dalam fikiran wanita?
xpe la, Rinko jawab..DIET!! yes..its all about diet..
but now, Rinko will share about Diet based on Blood Group
Menarik bukan? :)

Memandangkan Rinko nih berdarah O so Rinko share dulu diet untuk orang berdarah O yekkk

DIET UNTUK ORANG BERDARAH 'O'

Pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, 
mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) 
serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. 
Pemilik darah jenis ini perlu menghadkan pengambilan buah-buahan. 
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. 
Pemilik darah O juga perlu menghindari sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. 
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. 
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, 
seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian 

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga disarankan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, sotong, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A: 
 
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Disarankan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
 

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku 
atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan 
susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Disarankan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan,
namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. 
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung. 

 
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), 
susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, 
kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan 
kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, 
udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. 
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. 
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Haa..okie tak info tu semua? so, lepas ni boleh la kita semua jaga makan ye tak?
Bila baca list..tepuk dahi cakap..wow..banyak nye benda xboleh makan sebenarnye huhu
Patutla, diet macam mane pown badan x turun-turun...homaigosh!!

P/S: Menarik kan info nih..satu pelajaran baru.. :)

3 comments:

  1. hyep! me 'O' babe too...:)
    true, sbb I suke aerobics when I'm stressed out.
    heeee...:) should avoid pickles...(which I quite like) :) thnx for the info babe...
    scorpio babe, blood group pn sme...heee...:)

    ReplyDelete
  2. hihihi..tu la pasal.. :)
    nnti nk bli lah buku kat MPH tu..kna cari nih..MPH dekat ngan rumah ni dah out of stock da.. huhu:)

    ReplyDelete
  3. must be a very good book kn...
    nk cari jugalah...heee...:)

    ReplyDelete