Assalamualaikum Lovelies,
Harini Rinko nak share satu doa, harap-harap dapat dimanfaatkan untuk semua yea :)
Sharing is Caring, XOXO Rinko
Talha r.a. meriwayatkan: "Seorang telah datang
kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu
Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar." Kemudian
seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian,
ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda
r.a. memberi jawapan yang sama.
Pada
kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai
Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah
tuan, api telah padam."Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa
Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengajar saya satu doa yang mana jika
dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan
musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas
subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."* Doa ini
juga baik dibaca pada waktu kita keluar rumah.
No comments:
Post a Comment