Daisypath Anniversary tickers

Monday 26 September 2011

Wedding Vendor Lari?!!

Haaa..sape B2B ni mesti risau kalau tengok tajuk nih kan? Rinko saje nak share pasal cerita yg Rinko dengar masa Rinko g wat facial petang tadi kat Pertama Complex..ala yg kat sebelah Sogo tu..
shopping mall yg x abis-abis sale nye tu hihi..
Tengah syok layan-layan mata ngantuk sambil akak tu urut-urut muka, tetiba kitorang dengar org 
bunyikan loceng kedai facial tu..akak tu ingat customer tapi bukan..
Budak perempuan tu tanya pasal butik selang beberapa kedai dari tempat facial tu
Akak tu tanya kenapa..budak tu jawab yg dia nak ambil baju nikah dia, but tuan butik tu tutup kedai + handphone pon off..dia tanya whether akak tu taw contact number dia yg lain

So akak kedai facial pon memulakan cerita..smbil Rinko dengar dr dalam bilik hihu
Org butik tu beli bisnes dr org lain and then xbyr dah berbulan-bulan
Nak dijadikan cerita, masa bulan puasa yg lepas, tengah org2 butik sibuk menyiapkan order baju raya and all..
owner kedai dtg and rampas semua peralatan menjahit and some brg2 from the boutique..
berlaku jugalah pertengkaran antara owner ngn org butik tu..
Antara barang-barang yg dirampas termasuklah kain2 customer yg ada lam kedai tu..
After that, dah xnmpak dh akak butik tu.
Masa nak raya, rmai customer dtg nak amik baju tapi org butik tu gagal dihubungi smpi sekarang

So, budak perempuan tu mcm sedih la..dia kata dia ada tempah baju kahwin dia kat akak tu
Dah la majlis dia bulan sebelas..ingat nak dtg fitting, tengok2 kedai tutup and org butik xnak angkat phone
aigooo...dia kata org butik tu x patut buat mcm tu..kalau ada masalah kewangan patutnye dia jelaskan pada customer dia..ni x...diam jek..biar customer terpinga-pinga..

Waaa..bila Rinko dengar jek akak tu cerita pasal ni..seriau dibuatnye. Nasib baik Rinko xde tempah baju kat sane sbb butik tu offer pakej yg agak murah..huhu..kalo x..entah-entah Rinko pun kna mcm ni jugak
Takot kan? kadang-kadang, dapat vendor mcm ni..hish..mintak dijauhkan

Cuba bayangkan..kita tengah excited nk p fitting, tp bila smpai, butik tu dah bungkus..
tarikh kawin dah dekat..mane la na cari baju sume..hish..tapi bagi Rinko la kan..
Memang x patut org butik tu wat mcm tu..and x patut gak buat owner kedai tu yg rmpas baju2 
customer dr butik tu..ishhhh....x patut kan?

Oklah, yg penting kita kena sentiasa berhati-hati semasa membuat persiapan..
Macam-macam boleh jadi..huhuhuhu

P/S:Still bersyukur sbb x tempah kat butik tu..kalo x..hish..tataw la


No comments:

Post a Comment